Kelas STEM – AR Game Mode: Murphy (QuiverVision)

18 September 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 17 September 2023, Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas STEM – AR Game Mode: Murphy menggunakan aplikasi QuiverVision. Kelas tersebut bermula pada pukul 1:00 petang sehingga pukul 3:00 petang. Kelas ini diadakan di PEDi Rantau Panjang dan telah disertai oleh 10 orang komuniti setempat yang terdiri daripada pelajar prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.

Antara pengisian kelas tersebut adalah pengenalan kepada aplikasi AR iaitu QuiverVision dengan tujuan untuk memberikan suasana pembelajaran yang lebih interaktif dan visual. Di samping itu, melalui aplikasi QuiverVision, para peserta boleh berinteraksi dan membayangkan konsep-konsep kompleks dengan cara yang lebih mendalam.
QuiverVision merupakan sebuah platform yang menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dengan menggabungkan aktiviti mewarna fizikal dengan teknologi Augemented Reality (AR) yang hebat untuk mencipta pengalaman yang menarik dan menakjubkan.

Diharapkan dengan adanya teknologi seperti ini dapat menarik minat komuniti setempat untuk meneroka dunia STEM dan IoT dengan lebih mendalam lagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali